“Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah ditubuhkan pada tahun 1993, adalah sebuah organisasi yang berjuang untuk menyatupadukan peniaga dan pengusaha Muslim untuk kepentingan dan faedah ekonomi Islam.
DPIM sentiasa berusaha dalam membantu usahawan untuk meningkatkan jualan melalui pengaplikasian teknologi sebagai satu langkah memacu usahawan ke arah digital”
JIHAD BISNES
Jihad Bisnes atau dikenali sebagai Rakan Jihad Bisnes adalah program jaringan usahawan yang berstruktur dan sistematik. Ianya menggabungkan konsep berjemaah, semangat bantu-membantu, disiplin kerja dan transaksi perniagaan yang patuh syariah.
Rakan Jihad Bisnes ini adalah program utama DPIM yang bertujuan untuk membangunkan jaringan perniagaan antara usahawan Muslim.
MEMPERKASA EKONOMI HALAL
DPIM komited memperkasakan industri halal yang bertaraf global dengan membina ekosistem halal ekonomi di kalangan ahli dan jaringan perniagaan domestik dan antarabangsa dengan:
Menyokong kerjaya audit halal profesional di dalam Industri Halal sebagai badan bebas piawaian dan standard Halal.
Membina hubungan antarabangsa dan menawarkan kepakaran ‘Halal Certified Body’ kepada negara-negara minoriti muslim.
Berusaha membina ‘competitive advantage’ di kalangan usahawan muslim dengan menawarkan keupayaan sebagai ‘anchor’ dan pemudahcara dalam urusniaga produk dan perkhidmatan halal.
WAKAF KORPORAT
DPIM berfungsi sebagai institusi wakaf melalui Penubuhan AWQAF Holdings Berhad (AWQAF).
Matlamat AWQAF ialah menggunakan kaedah bisnes dalam memperkasa golongan lemah ekonomi dan memangkin generasi depan umat Islam khasnya agar dapat mengakses kepada peluang bisnes dan korporat.
Ianya supaya golongan ini tidak lagi oleh dipinggirkan golongan korporat swasta eksklusif bermodal besar seperti yang berlaku di bawah anjuran sistem kapitalis liberal yang diamalkan di peringkat global selama ini.
Ekonomi Islam Digital yang dikenalpasti merangkumi pendigitalan ekonomi, teknologi hijau, industri solar, kenderaan elektrik adalah sesuai dan memenuhi faktor persekitaran , social dan tadbir urus.
Melalui agenda Ekonomi Islam Digital, DPIM sentiasa meneroka peluang perniagaan yang sesuai buat ahli DPIM agar perniagaan ahli DPIM bergerak seiring peredaran zaman dan berdaya maju.
AKTIVITI
DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya
DPIM Putrajaya terus memperkasa pembangunan usahawan
DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya berjanji untuk meneruskan agenda pada tahun ini untuk memperkasakan golongan usahawan dengan pelbagai ilmu digital selaras dengan perkembangan semasa.
DPIM, Quantum Metal perkenal pelaburan emas patuh syariah
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menjalinkan kerjasama perniagaan bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd bagi inisiatif produk jual beli dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas secara digital dan patuh syariah.
PROGRAM INSPIRASI TOKOH USAHAWAN ANJURAN UniSZA DAN DPIM
Lebih 200 peserta dalam kalangan usahawan dan pelajar hadir menyertai program Inspirasi Tokoh Usahawan yang berlangsung Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak.