Bicara Santai & Majlis Maulidur Rasul 1Bicara Santai & Majlis Maulidur Rasul 2   Bicara Santai & Majlis Maulidur Rasul 3Bicara Santai & Majlis Maulidur Rasul 4Bicara Santai & Majlis Maulidur Rasul 5
DPIMK (Dewan Perdagangan Islam Malaysia Kelantan)
Alhamdulilah, selesai perkongsian santai dan Majlis Maulidur Rasul bersama OTAI-OTAI ahli Dewan Perdagangan Islam Malaysia Kelantan (DPIMK) semalam.
DPIMK 2018 kali ini dipengerusikan oleh Dato Jamil dan Dato Mat35 sebagai penasihat. Majlis ini turut dihadiri oleh ahli lama dan baru terdiri daripada ahli perniagaan pelbagai bidang.
Ya Allah, semoga gabungan ini menyatukan ukhuwah komuniti usahawan muslim di Kelantan dalam usaha memperkasakan ekonomi dunia Islam.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai DPIMK dan ingin bersama berkongsi ilmu pengetahuan dan mendapatkan sokongan dalam perniagaan boleh sertai majlis perjumpaan santai kami dan menjadi ahli DPIMK yang akan diadakan nanti pada 16 Disember 2018.
Insha Allah banyak manfaat akan dapat jika usahawan muslim di Kelantan bersatu dibawah satu kesatuan.