Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 1 Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 2 Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 3  Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 4 Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 5 Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 6Perjumpaan Ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM. 7
Pada 6 Feb 2019 baru-baru ini, pihak Dewan Perdagangan Islam Malaysia-Kelantan telah mengaturkan perjumpaan ahli DPIM-Kelantan bersama Presiden DPIM.
Perjumpaan ini juga membolehkan dialog antara Presiden dengan ahli bagi menerangkan hala tuju DPIM serta aktiviti yang diadakan untuk ahli DPIM.
Antara beberapa perkongsian yang disampaikan oleh Tuan Presiden adalah berkenaan matlamat utama penubuhan DPIM adalah untuk menjadi penggerak ekonomi Islam ke tahap lebih tinggi.
Selain itu, Tuan Presiden juga berkongsi berkenaan AWQAF HOLDINGS yang ditubuhkan oleh DPIM khusus untuk meningkatkan pegangan aset dalam bentuk wakaf korporat yang menjadi tunjang kemajuan ekonomi umat Islam.
Sesi dialog bersama ahli DPIM memberi idea dan perkongsian bagaimana untuk meningkatkan keupayaan DPIM-Kelantan sebagai payung untuk ahli perniagaan Islam di Kelantan untuk lebih maju kehadapan melalui program dan kerjasama yang dianjurkan.