KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI) 1

9 Ogos 2022 – DPIM Pusat telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed bertempat di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Putrajaya.

Melalui kunjungan tersebut, Presiden DPIM dapat menyampaikan peranan DPIM dalam membantu ekonomi usahawan melalui pelbagai inisiatif yang dibangunkan oleh DPIM terutama dalam membawa agenda Ekonomi Baharu. Presiden juga memaklumkan DPIM dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan usahawan atas inisiatif baharu melalui Ekonomi Digital Islam.

Alhamdulillah, YB Menteri menerima baik kunjungan tersebut dan memberi respon yang sangat positif atas usaha dan perjuangan yang dibawa oleh DPIM. Kunjungan hormat ini juga sebagai langkah untuk DPIM menjadi penggerak kepada agenda kerajaan khususnya berkenaan ekonomi dan menjalin hubungan yang baik bersama YB Menteri.

 

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI) 2