KUNJUNGAN HORMAT DPIM BERTEMU MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN 1

26 Julai 2022 – DPIM Pusat dan DPIM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob. Alhamdulillah melalui kunjungan tersebut, DPIM Pusat dapat berkongsi tentang peranan DPIM dalam membantu ekonomi ummah melalui agenda utama DPIM iaitu Jihad Bisnes, Wakaf Korporat, Halal Ekonomi dan Ekonomi Baharu.
Melalui kunjungan tersebut, DPIM Pusat juga berkongsi tentang inisiatif pengembangan ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui akaun emas patuh syariah dan aplikasi pendahuluan gaji.
DPIM Kelantan juga dapat menjalin satu kata sepakat dan kerjasama pada masa akan datang berkenaan bagaimana Kerajaan Negeri serta DPIM Kelantan dapat membangunkan usahawan mikro seiring dengan perkembangan teknologi digital.

Diharapkan agar hubungan DPIM dan Kerajaan Negeri Kelantan dapat terus terjalin demi ekonomi ummah khususnya buat usahawan di Negeri Kelantan.

KUNJUNGAN HORMAT DPIM BERTEMU MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN 2
KUNJUNGAN HORMAT DPIM BERTEMU MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN 3
KUNJUNGAN HORMAT DPIM BERTEMU MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN 4