KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI SEMBILAN 1

13 Julai 2022 – DPIM Pusat telah mengadakan kunjungan mahabbah bertemu pimpinan DPIM Negeri Sembilan pada 13 Julai 2022 di Pejabat DPIM Negeri Sembilan. Alhamdulillah melalui kunjungan tersebut, Presiden DPIM menyampaikan amanat kepada pimpinan DPIM Negeri Sembilan bagi hala tuju serta pelan tindakan yang membantu DPIM Negeri untuk bergerak selari dengan DPIM Pusat.

Setiausaha Agung juga dapat membentangkan berkenaan pemindaan perlembagaan DPIM dan penyerahan Buku Perlembagaan DPIM yang baharu sebagai rujukan terkini DPIM Negeri. Selain itu, Setiausaha Agung juga membentangkan cadangan untuk mengadakan program Bina Wadah 3.0 sebagai satu program utama untuk membantu ahli – ahli DPIM Negeri bergerak bersama – sama DPIM Pusat dalam memajukan DPIM.

Presiden juga memaklumkan bahawa DPIM Negeri Sembilan telah berjaya membuka akaun emas patuh syariah dengan jayanya. Semoga dengan kunjungan mahabbah tersebut, DPIM Negeri Sembilan dapat bergerak dengan lebih aktif dalam membantu DPIM Negeri serta ahli – ahli yang bernaung di bawah DPIM Negeri Sembilan.

KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI SEMBILAN 2 KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI SEMBILAN 3