KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI KELANTAN 1
26 Julai 2022 – DPIM Pusat telah mengadakan kunjungan mahabbah bertemu pimpinan DPIM Negeri Kelantan pada 26 Julai 2022 bertempat di D’kenali holiday, pejabat Dato Pengerusi DPIM Kelantan. Alhamdulillah, seramai 40 orang ahli DPIM Kelantan yang hadir semasa kunjungan tersebut.

Melalui kunjungan tersebut, Presiden DPIM telah menyampaikan amanat kepada pimpinan DPIM Negeri Kelantan bagi hala tuju serta pelan tindakan yang membantu DPIM Negeri untuk bergerak selari dengan DPIM Pusat.
Timbalan Presiden juga dapat membentangkan berkenaan pemindaan perlembagaan DPIM dan penyerahan Buku Perlembagaan DPIM yang baharu sebagai rujukan terkini DPIM Negeri. Selain itu, Timbalan Presiden juga membentangkan berkenaan program Bina Wadah 3.0 kepada ahli DPIM Kelantan serta menggalakkan seluruh ahli DPIM Kelantan turut serta dalam Bina Wadah tersebut.
Semoga dengan kunjungan mahabbah tersebut menjadi titik tolak kepada DPIM Kelantan untuk bergerak dengan lebih aktif serta giat dalam membantu membangunkan usahawan di seluruh negeri Kelantan.