KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI PAHANG 1

KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI PAHANG 2
25 Julai 2022 – DPIM Pusat telah mengadakan kunjungan mahabbah bertemu pimpinan DPIM Negeri Pahang pada 25 Julai 2022 di Kuantan, Pahang. Alhamdulillah melalui kunjungan tersebut, Timbalan Presiden DPIM telah menyampaikan amanat kepada pimpinan DPIM Negeri Pahang bagi hala tuju serta pelan tindakan yang membantu DPIM Negeri untuk bergerak selari dengan DPIM Pusat.
Timbalan Presiden juga dapat membentangkan berkenaan pemindaan perlembagaan DPIM dan penyerahan Buku Perlembagaan DPIM yang baharu sebagai rujukan terkini DPIM Negeri. Selain itu, Setiausaha Agung juga membentangkan cadangan untuk mengadakan program Bina Wadah 3.0 sebagai satu program utama untuk membantu ahli – ahli DPIM Negeri bergerak selari dengan DPIM Pusat dalam memacu DPIM untuk lebih maju.
Semoga dengan kunjungan mahabbah tersebut, DPIM Negeri Pahang dapat bergerak dengan lebih aktif dalam membantu DPIM Negeri serta ahli – ahli yang bernaung di bawah DPIM Negeri Pahang.
KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI PAHANG 3
KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI PAHANG 4
KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI PAHANG 5