KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI TERENGGANU 1
KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI TERENGGANU 2

25 Julai 2022 – DPIM Pusat telah mengadakan kunjungan mahabbah bertemu pimpinan DPIM Negeri Terengganu pada 25 Julai 2022 bertempat di Quinara Al Safir Resort, Kuala Nerus, Terengganu.

Alhamdulillah melalui kunjungan tersebut, Timbalan Presiden DPIM telah menyampaikan amanat kepada pimpinan DPIM Negeri Terengganu bagi hala tuju serta pelan tindakan yang membantu DPIM Negeri untuk bergerak selari dengan DPIM Pusat.
Timbalan Presiden juga dapat membentangkan berkenaan pemindaan perlembagaan DPIM dan penyerahan Buku Perlembagaan DPIM yang baharu sebagai rujukan terkini DPIM Negeri. Selain itu, Setiausaha Agung juga membentangkan cadangan untuk mengadakan program Bina Wadah 3.0 sebagai satu program utama untuk membantu ahli – ahli DPIM Negeri bergerak selari dengan DPIM Pusat dalam memacu DPIM untuk lebih maju.

Semoga dengan kunjungan mahabbah tersebut, DPIM Negeri Terengganh dapat bergerak dengan lebih aktif dalam membantu DPIM Negeri serta ahli – ahli yang bernaung di bawah DPIM Negeri Terengganu.

KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI TERENGGANU 3

KUNJUNGAN MAHABBAH BERTEMU PIMPINAN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) NEGERI TERENGGANU 4