Mesyuarat Agung Tahunan DPIM ke – 26 telah diadakan pada 9 Disember 2019 bertempat di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 125 orang perwakilan dan pemerhati dari DPIM Negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Agenda yang dibincangkan adalah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan DPIM dan penambahan satu (1) pemilihan jawatan Naib Presiden DPIM.

Buat pertama kali, pemilihan jawatan dalam DPIM menggunakan sistem undian online. Sistem tersebut telah ditaja oleh SALIHIN Group dan proses tersebut juga telah dikendalikan sendiri oleh SALIHIN IT Team. Proses undian ini secara tidak langsung mempercepatkan proses undian dan lebih telus dengan adanya aplikasi penjejakan undian melalui kad pengenalan.

 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

« 1 of 2 »