PROGRAM DOING BUSINESS IN JAKARTA 1

Pada 21 Julai 2022, 9:30 pagi, DPIM Pusat telah menganjurkan satu program usahawan iaitu DOING BUSINESS IN JAKARTA. DPIM Pusat menjemput seorang panel yang mahir dalam perniagaan dan mempunyai pengalaman selama 24 tahun di Jakarta beliau adalah Tuan Khairul Hisham Bin Md Hassan. Beliau juga mempunyai track record yang baik serta pakar dalam bidang Consultancy on Doing Business in Jakarta sejak 2008.

Alhamdulillah, program tersebut mendapat sambutan yang meriah. Seramai 32 peserta yang hadir termasuk wakil dari DPIM Negeri Pahang, Johor dan Sarawak. Turut hadir ke program tersebut iaitu Puan Karimah Koh Siow Kien, Naib Presiden DPIM dan Setiausaha Agung. Tidak lupa juga, wakil dari Armani Media iaitu Encik Hafriz bagi menerangkan serba sedikit berkaitan dengan Geran pemasaran digital MDEC pada program tersebut.

PROGRAM DOING BUSINESS IN JAKARTA 2 PROGRAM DOING BUSINESS IN JAKARTA 3