Gabenor Nusa Tenggara Barat (NTB), Yang Dihormati Dr. H. Zulkieflimansyah bertemu pimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia di Dagang NeXchange Berhad. Turut serta adalah syarikat – syarikat di bawah DPIM yang berminat untuk melabur di Nusa Tenggara Barat.

Pembentangan bagi pelaburan oleh syarikat – syarikat di bawah DPIM berlangsung selama 2 jam dan Gabenor NTB amat berpuas hati serta menjemput pelabur – pelabur untuk berkunjung ke pejabat Gabenor NTB. Pelabur bersetuju dan akan mengikuti Misi Dagang DPIM ke NTB pada 8 September 2019.