IPOH, 15 Ogos 2020 – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) sebagai sebuah dewan yang memayungi para usahawan muslim sentiasa membantu perniagaan – perniagaan ahli DPIM agar sentiasa berdaya saing dan maju seiring dengan teknologi masa kini.

 

Pelancaran Projek Pemasaran Produk Ahli DPIM di Eduura (PRODURA), IMNI Halal Mart (IMNI) & Jualan Fejuice di Eduura (FEJUICE) 1

DPIM telah mengadakan majlis pelancaran bagi Projek Pemasaran Produk Ahli DPIM di Eduura (PRODURA), IMNI Halal Mart (IMNI) & Jualan Fejuice di Eduura (FEJUICE) yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 15 Ogos 2020 bertempat di Perkarangan IMNI Halal Mart, Klebang Putra, Ipoh, Perak. Projek DPIM ini adalah usaha pemasaran dan jualan menerusi platform e-marketplace eduura.com. Platform e-marketplace eduura.com ini memberi ruang niaga khas kepada ahli usahawan DPIM yang dikenali sebagai DPIM Merchant. Eduura.com mempunyai capaian pasaran kepada kira-kira 15 juta pembeli atas talian di Malaysia dan 200 juta pengguna internet di Indonesia & Filipina. Ini adalah inisiatif kerjasama antara DPIM dengan eduura.com untuk memberi pilihan, keistimewaan dan manfaat kepada penjual dan pembeli atas talian.

Pelancaran Projek Pemasaran Produk Ahli DPIM di Eduura (PRODURA), IMNI Halal Mart (IMNI) & Jualan Fejuice di Eduura (FEJUICE) 2

Pelancaran Projek Pemasaran Produk Ahli DPIM di Eduura (PRODURA), IMNI Halal Mart (IMNI) & Jualan Fejuice di Eduura (FEJUICE) 3

DPIM optimis dengan projek yang baharu dilancarkan ini dapat membantu mempromosikan dan mengenengahkan produk – produk ahli DPIM melalui platform yang lebih baik dan akses yang lebih pantas kepada masyarakat. DPIM berbesar hati menjemput usahawan Muslim yang berminat menjadi ahli DPIM dan sama – sama menikmati manfaat yang disediakan menerusi projek ini. Maklumat keahlian DPIM boleh didapati di www.dpim.org.my.