Awqaf Holdings Berhad 1

Awqaf Holdings Berhad

Waqaf Korporat® adalah satu inovasi yang mengintegrasikan institusi wakaf Islam secara langsung ke dalam sistem pembangunan ekonomi negara yang hari ini dilihat dipacu terutamanya oleh organisasi bisnes dan korporat swasta. Matlamat jangka panjangnya ialah menyeimbangkan sistem ekonomi yang didominasi oleh korporat milik swasta, bertujuan memberi peluang kepada majoriti rakyat jelata mendapat akses dan manfaat yang saksama daripada perkembangan sektor bisnes dan korporat negara.

Semua pegangan aset dan harta milik AWQAF ialah bersifat aset atau harta wakaf dan milik amanah yang dipegang oleh AWQAF sebagai Waqaf Korporat® bagi pihak masyarakat Muslim khasnya. Menerusi kaedah ini rakyat majoriti dapat berkongsi manfaat penambahan nilai dan penjanaan kekayaan melalui aktiviti korporat dan perniagaan yang mapan. Dengan cara ini juga, sumber modal wakaf masyarakat dan komuniti Muslim khasnya dapat digembleng untuk menambah nilai ekonomi ke arah mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, menangani kemiskinan dan mengekalkan kemakmuran masyarakat melalui pendekatan berasaskan bisnes. Kaedah bisnes menggalakkan keusahawanan, sekali gus menjana harta dan memperkaya peluang- peluang pekerjaan untuk manfaat masyarakat.

Untuk keterangan lanjut, layari : http://awqaf.com.my/

Waqaf Korporat
Institusi Memperkasa Ekonomi Umat