Mesyuarat Agenda Bil: 4/2020, bertarikh 7 September 2020
Perjumpaan ahli-ahli jawatan kuasa Dewan Perdagangan Islam Negeri Kelantan (DPIMNK) untuk mengemaskini keahlian dan persediaan Annual General Meeting yang akan diadakan pada 26hb September, 2020 ini. Perjumpaan berjalan lancar dan jawatankuasa kerja telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut.