1 SEPT 2022 – Alhamdulillah, DPIM telah mengadakan kunjungan dan mesyuarat bagi kerjasama strategik bersama Naib Presiden Perbendaharaan Petronas, Cik Marina Md Taib bersama kumpulan ketua – ketua jabatan.
Petronas menyambut baik kunjungan dan pembentangan oleh Presiden DPIM dalam mengetengahkan agenda – agenda DPIM terutama pada Wakaf Korporat dan Ekonomi Digital yang dapat mengangkat usahawan Muslim berdaya maju serta ke persada antarabangsa.
Petronas tertarik dengan kepakaran ahli – ahli DPIM yang dianggotai oleh pelbagai syarikat dari seluruh negara. Petronas sedia membuka ruang untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan ahli – ahli DPIM.
Ahli – ahli DPIM yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan atau servis kepada Petronas, boleh menghantar profil atau dokumen berkaitan syarikat kepada emel Sekretariat DPIM sekretariat.dpim@gmail.com
Semoga bermanfaat buat seluruh ahli DPIM atas kunjungan dan perbincangan strategik ini.