SIDANG KONFERENS MALAYSIA HALAL EXPO 2023
31 Julai – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) & HQC Commerce Sdn Bhd (HQC) telah menganjurkan sidang konferens bagi program Malaysia Halal Expo 2023. Presiden DPIM telah memberikan ucapan mengenai peranan DPIM dalam memperkasakan agenda Halal melalui Malaysia Halal Expo.
Presiden DPIM menitik beratkan tentang kepentingan poduk halal adalah untuk menjaga kesihatan dari segi dalaman dan luaran. Selain itu, Beliau juga ada menyampaikan bahawa produk-produk halal yang telah tersedia ada kebanyakan dikeluarkan oleh negara bukan Islam. Oleh yang demikian, Malaysia Halal Expo yang akan dianjurkan pada 1-3 September ini memberi peluang kepada usahawan – usahawan untuk meneroka potensi halal di peringkat domestik dan peringkat global.
Bagi memeriahkan lagi program, Malaysia Halal Expo 2023 menjemput pempengaruh (Influencer) untuk bekerjasama dalam menarik minat orang awam untuk hadir ke program tersebut. Malaysia Halal Expo akan menyediakan booth pameran yang terdiri daripada dua puluh (20) selebriti media sosial dan pempengaruh tempatan. Jangan lupa untuk sertai Malaysia Halal Expo dan hadir beramai-ramai yang akan diadakan di MIECC pada 1-3 September 2023.
Tahukah anda? Pavilion DPIM bersebelahan dengan booth pameran selebriti media sosial. Jom usahawan! Ambil peluang untuk pasarkan produk anda sempena program Malaysia Halal Expo! Harga setiap booth hanya RM1200 sahaja! Tempah segera! Tarikh akhir tempahan adalah pada 15 Ogos 2023 (sementara booth masih ada) Untuk tempahan, klik pautan berikut 👇
https://toyyibpay.com/Sewaan-Booth-MHE-2023 atau hubungi: 017-740 0210 (Sekretariat DPIM)