WEBINAR MERDEKA 'BICARA IKON USAHAWAN DPIM' & TAKLIMAT GERAN PEMASARAN DIGITAL 1

 

31 Ogos 2021 – DPIM dengan kerjasama UniSZA  telah mengadakan Webinar Merdeka ‘Bicara Ikon Usahawan DPIM’ dengan tajuk Ketirisan dalam Perniagaan yang disampaikan oleh Tuan Hj. Razali Dato Rahmat, Pengerusi DPIM Kuala Lumpur. DPIM juga telah menjemput Armani Media, sebuah syarikat bagi pemasaran digital untuk membantu usahawan dalam mendapatkan geran pemasaran digital yang ditawarkan oleh Kerajaan.

Program telah dihadiri seramai 65 orang peserta dari seluruh Malaysia. Tajuk yang amat menarik dan pengajaran buat semua usahawan untuk telus dan berhati – hati dalam melaksanakan perniagaan agar tidak terjadi sebarang ketirisan dalam perniagaan mereka. Usahawan yang hadir juga telah ditawarkan untuk memohon geran pemasaran digital secara PERCUMA! Usahawan yang berminat untuk mendapatkan geran tersebut, boleh terus menghubungi Sekretariat DPIM di talian 011-3213 7973