BUSINESS MEETING FOR POTENTIAL COLLABORATION WITH TAMAM CAPITAL
DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
BUSINESS MEETING FOR POTENTIAL COLLABORATION BETWEEN TAMAM CAPITAL FROM QATAR & MALAYSIAN ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE (MICC)
1st March – MICC received a visit from Tamam Capital from Qatar.
Represented by Dr. Mohamed Youssef AlQaradawi, the son of the late Sheikh Youssef AlQaradawi, may his soul rest in peace; alongside with him the Founder and CEO of Tamam Capital, Dr. Mourad Aly as part of their objective to explore potential local businesses for project collaboration and investments here in Malaysia.
MICC would like to express highest appreciation for this opportunity and wishes Tamam Capital a great success during their visit here.
6 MAC – DPIM berkesempatan untuk mengadakan perbincangan strategik dengan Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Perbincangan menumpukan hal-hal yang berkaitan ekonomi dan keusahawanan bumiputera susulan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.
DPIM telah diwakili oleh Tuan Hj Mohammad Sahar (Presiden), Datuk Azizulrahman (Naib Presiden), Tuan Hj. Rosli (Setiausaha Agong) dan Tuan Hj Mohammad Zamri (Ahli Majlis Tertinggi).
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi MARA atas masa yang diluangkan dan DPIM komited bersama MARA menjayakan program-program yang dirancangkan terutamanya yang berkaitan usahawan digital.
PUTRAJAYA, 2 MAC 2024 – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan peruntukan dana wakaf permulaan berjumlah RM100 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sewaktu penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 dengan sasaran dana terkumpul minimum RM1 bilion dalam tempoh 2 tahun. MARA merupakan badan yang selama ini menjaga kepentingan bumiputera melalui program pendidikan dan keusahawanan. Selama 58 tahun ini, kejayaan MARA telah menghasilkan modal insan yang berkualiti dalam membangunkan negara ini. Peruntukan dana RM100 juta untuk Wakaf MARA Madani sudah pasti akan meningkatkan lagi peranan MARA dalam melonjakkan lagi pencapaian bumiputera.
DPIM berkeyakinan dana wakaf permulaan berjumlah RM100 juta akan menjadi dana yang bersifat lestari sekiranya menggunapakai kaedah Waqaf Korporat. Ini kerana pendekatan Waqaf Korporat membina bisnes, menghimpunkan aset, menambahkan nilai dan memupuk daya keusahawanan entrepreneur menjana peluang ekonomi baru memakmurkan masyarakat menerusi kaedah bisnes dan korporat bersumberkan dana wakaf. Melalui keuntungan dan pelaburan Wakaf MARA Madani akan mampu memanfaatkan keuntungan tersebut kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan kesihatan. DPIM menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat-syarikat senaraian awam dan masyarakat awam turut sama membesarkan dana Wakaf MARA Madani samada melalui wakaf tunai ataupun melalui wakaf saham.
Terdapat tiga badan Waqaf Korporat yang telah ditubuhkan sebelum ini iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad, AWQAF Holdings Berhad, yang ditubuhkan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Waqaf FELDA. Ketiga-tiga Waqaf Korporat tersebut telahpun berjaya mengumpulkan aset berjumlah lebih RM1 bilion. Ini membuktikan kaedah Waqaf Korporat merupakan kaedah yang strategik untuk mengekal dan mengembangkan aset bagi kepentingan bumiputera dan berupaya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan bumiputera.
DPIM Putrajaya terus memperkasa pembangunan usahawan
DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya berjanji untuk meneruskan agenda pada tahun ini untuk memperkasakan golongan usahawan dengan pelbagai ilmu digital selaras dengan perkembangan semasa.
PENGERUSI DPIM Putrajaya, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin (duduk kiri) dan Pengasas Yayasan Kebajikan Adam, Syahrizal Abd Samad (duduk kanan), disaksikan oleh Presiden DPIM , Mohammad Sahar Mat Din ( berdiri tengah) ketika menandatangani MOU sempena Karnival Borneo Songket Heritage di MATIC, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, pihaknya percaya usahawan hari ini telah bersedia untuk menceburkan diri kerana dunia telah menjadikan digital sebagai hab utama perniagaan terutama dalam bidang pemasaran dan pembiayaan.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini para usahawan semakin celik digital kerana banyak membantu mereka berurusan dengan lebih mudah malah perkembangan tersebut sesuai dengan aliran terkini.
“Lebih daripada itu membantu mereka mempromosi produk dan barangan dagangan lebih sistematik di pasaran lebih luas dengan mengadaptasi model perniagaan dalam talian.
“Sehubungan dengan itu, sempena Karnival Borneo Songket Heritage 2024, anjuran Pertubuhan Wanita Pawana, DPIM Putrajaya mengambil inisiatif bergabung dengan mengadakan program celik digital di pentas terbuka secara percuma khusus untuk usahawan,” ujarnya.
PROGRAM INSPIRASI TOKOH USAHAWAN ANJURAN UniSZA DAN DPIM
Lebih 200 peserta dalam kalangan usahawan dan pelajar hadir menyertai program Inspirasi Tokoh Usahawan yang berlangsung Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak
Pada program itu, Forum ‘Inspirasi Tokoh Usahawan’ diadakan dengan menampilkan tiga panel yang merupakan usahawan terkenal di Malaysia iaitu Pengarah Urusan Mydin, Dato Ameer Ali Mydin, Pengasas Mamasab International, Puan Siti Sabrina Sobri dan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd, Dato’ Sani Salleh.
Forum yang cukup hebat itu turut menampilkan pengacara dan juruhebah yang sangat popular iaitu Halim Othman.
Terdahulu, pada program diadakan sesi perkongsian oleh Affin Bank Berhad dengan topik Digitalisasikan Bisnes bersama Affin Bank Berhad serta dari Planworth iaitu Tingkatkan potensi perniagaan melalui pemfaktoran bersama Planworth. Taklimat Solusi Kewangan melalui Akaun Emas juga telah dikongsikan oleh DPIM pada program berkenaan.
Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff bt Abd Ghadas.
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) kekal diterajui Mohammad Sahar
Kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi tahun 2021-2024 kekal diterajui Mohammad Sahar Mat Din sebagai Presiden.
Setiausaha Agung DPIM, Datuk Khairul ShahrIl Hamzah berkata, sebanyak empat jawatan menang tanpa bertanding dan lapan jawatan telah diisi oleh kepimpinan yang baharu.
“Jawatan yang tidak dipertandingkan adalah jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, presiden dan naib presiden.
“Diharapkan dengan barisan kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia yang dilantik bagi penggal ini dapat meneruskan misi dan visi ke arah yang lebih baik dan cemerlang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Selain Mohammad Sahar, kepimpinan baharu itu menyaksikan Abdul Mohsein Mohd Shariff sebagai Timbalan Presiden DPIM, Salihin Abang (Naib Presiden DPIM 1), Karimah Koh Siow Kien (Naib Presiden DPIM 2) dan Najmuddin Sharif Sarimon (Naib Presiden DPIM 3).
Jawatan Pengerusi Tetap DPIM pula disandang Datuk Romli Ishak dan Suardi Sawai Canon sebagai timbalannya.
Dalam pada itu, Khairul Shahril menambah, Mesyuarat Agung Tahunan DPIM ke-28 itu telah diadakan di Bangi Convention Center, Bandar Baru Bangi pada Isnin.
“Seramai 83 orang perwakilan dan pemerhati dari DPIM negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
DPIM, Quantum Metal perkenal pelaburan emas patuh syariah
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menjalinkan kerjasama perniagaan bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd bagi inisiatif produk jual beli dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas secara digital dan patuh syariah.
Mohammad Sahar (tiga,kiri) dan Lim (dua,kanan) bertukar dokumen MoU dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, pengenalan inisiatif tersebut sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi umat Islam.
Menurutnya, pelaburan emas yang diperkenalkan oleh DPIM dan Quantum Metal secara patuh syariah dan digital itu juga adalah yang pertama seumpamanya di dunia.
“Produk emas yang kami perkenalkan ini adalah patuh syariah dengan menggunakan instrumen Komoditi Murabahah berbanding produk lain di luar sana yang tidak patuh syariah.
“Dengan produk simpanan dan jual beli emas ini akan dapat memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat secara amnya untuk meningkatkan tahap ekonomi di samping menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.
“Harga emas juga dilihat akan terus meningkat untuk tahun akan datang dan bakal memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd pada Sabtu.
Mohammad Sahar menjelaskan DPIM dan Quantum Metal menawarkan tiga produk dengan caj yang rendah untuk membolehkan masyarakat membeli emas dengan harga yang lebih murah.
Beliau berkata, apabila harga emas dapat dibeli dengan harga yang lebih rendah, ia akan memberikan pulangan yang lebih cepat kepada orang ramai.