Tentang DPIM
Assalamualaikum.
DPIM dalam usaha membawa pelan strategik yang baharu untuk tempoh 9 tahun yang akan datang selari dengan cabaran ekonomi global dan kearah menuju Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0). Berikutan cabaran ekonomi yang semakin meningkat, DPIM haruslah membuat perubahan dan mengatur tindakan yang bersesuaian dengan perubahan ekonomi dan iklim yang berlaku di seluruh dunia. InsyaAllah, saya percaya dengan penglibatan, kesungguhan, dan komitmen daripada sahabat-sahabat seperjuangan dapat menjadikan DPIM sebuah wadah yang benar-benar menepati kehendak dan acuan berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.

Tuan Hj. Mohammad Sahar Mat Din
President DPIM

Jihad Bisnes
DPIM membantu dalam membina program jaringan usahawan yang berstruktur dan sistematik. Ianya menggabungkan konsep seperti berjemaah, semangat bantu-membantu, disiplin kerja dan transaksi perniagaan yang patuh syariah.
Wakaf Korporat
Berfungsi sebagai institusi wakaf melalui AWQAF dengan matlamat menggunakan bisnes dalam memperkasa golongan lemah ekonomi dan memangkin generasi depan umat Islam khasnya agar membuka akses kepada peluang bisnes dan korporat.
Halal Ekonomi
DPIM dalam usaha membantu dalam menonjolkan industri halal sebagai satu
piawaian dan praktis yang konsisten bagi membantu perdagangan global serta membangunkan dan mencambah peluang pekerjaan dalam bidang industri halal.
Misi Dagang
Kami berpengalaman dalam mengendalikan Misi Dagang ke pelbagai negara dalam usaha membantu perniagaan eksport dan import ahli kami.
Konferens, Seminar dan Kongres
Menganjurkan aktiviti yang membantu dalam memartabatkan perniagaan usahawan Islam khususnya.
Perundingan Perniagaan
DPIM terdiri daripada usahawan-usahawan berjaya dalam pelbagai sektor dan sedia membantu bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat dalam perniagaan mereka.
Jaringan Perniagaan
Satu program yang dikenali sebagai rakan jihad bisnes adalah usaha dalam membantu usahawan DPIM untuk memperluaskan jaringan perniagaan.